Wednesday, September 22, 2010



PROJEFTIF BODY GUARD (PENGIRING RAPAT)

Merancang dan melaksanakan keselamatan ke atas orang yang dilindunggi dalam menjalankan aktivitinya, samaada bersikap peribadi atau rasmi di semua lokasi dan dalam apa juga situasi.

DEFFINSI = MELINDUNGGI

Deffensi rancangan dan langkah-langkah yang diambil semasa menjangka, menhalang, mencegah, menghadkan tindakan atau keadaan yang mungkin merbahaya atau memalukan orang yang dilindunggi.

DEFFENSI PENGIRING RAPAT DALAM KONTEKS (PDRM)

Pegawai polis yang ditugaskan untuk menentukan keselamatan peribadi orang kenamaan dari sebarang kemungkinan ancaman atau sebarang serangan fizikal.

DEFENSI ORANG KENAMAAN

Mengikut perintah tetap KPN A134. Seseorang yang dengan sebab, taraf dan jawatan yang mesti dilindunggi dari sebarang kemungkinan ancaman dari anasir yang tidak bertangungjawab.

KONSEP PENGIRING RAPAT

Menjangkakan (andaian)
Mengelakan
Mengurangkan
Menghalang
Mententeramkan (tenangkan keadaan)

PEMILIHAN PENGIRING RAPAT @ BODYGUARD

Berpengetahuan dalam Body Gandy
Agrasif
Berhubung dan boleh bercakap dengan semua orang di semua peringkat
Boleh bergaul selesa di situasi sosial
Boleh membuat keputusan (dalam 1-2 saat)
Pantas berfikir
Berminat dengan tugas

TUGAS-TUGAS PENGIRING @ BODYGUARD


Pengiring peribadi hendaklah menumpukan perhatian dan berada dalam keadaan bersedia bila menjalankan tugas sebagai pengiring.

Pengiring peribadi adalah bertanggungjawab bagi menentukan keadaan sekeliling adalah selamat sebelum kenderaan bergerak, pengiring hendaklah memberi amaran kepada orang yang diiring tentang sebarang kecurigaan sebelum bertindak.

Pengiring peribadi hendaklah menjalankan tugas pada jarak yang dekat dan elakkan daripada mendapat perhatian umum atau orang luar.

Pada setiap masa pastikan orang yang diiringi sentiasa kelihatan, sekiranya keadaan tidak memungkinkan tumpukan perhatian pada tempat terakhir yang dimasuki, dalam tempoh masa yang patut, periksa kedudukan dan keadaan keselamatan orang yang diiringgi.

Waspada terhadap sebarang cubaan orang lain untuk menghampiri orang yang diiringgi atau sebarang pergerakan orang lain yang mencurigakan.

Tidak perlu menolong membawa barang-barang atau bergerak kesana kesini, ini akan menjejaskan pergerakan untuk mengeluarkan senjata api serta mengurangkan tumpuan pemerhatian terhadap orang yang diiringgi.

Pengiring peribadi merangkap pemandu hendaklah memastikan orang yang diiringgi tidak perlu melintas jalan untuk ketempat yang dituju selepas keluar dari kenderaan, anda perlu sentiasa memastikan keselamatan orang yang diiringgi terebut.

Pengirng peribadi atau merangkap pemandu ditegah sama sekali daripada meninggalkan tempat berkenaan sehinggalah diberi tahu untuk berbuat demikian, anda dinasihatkan tidak membuat andaian tanpa kebenaran semasa tugas mengiring.

Pengirng peribadi atau merangkap pemandu hendaklah lebih berhati-hati apabila ditugaskan mengiring wanita dan kanak-kanak.

Adalah menjadi tanggingjawab setiap pengawal peribadi untuk sentiasa mengikuti orang yang diiringgi sehinggalah diarah untuk berhenti atau selamat sampai kerumah.

Bertukar peranan semasa bertugas mengiring adalah tidak dibenarkan.

Pengiring peribadi hendaklah menepati masa bila melapur untuk bertugas.

Pengiring peribadi hendaklah saling memahami, bekerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan, sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian akan ditamat perkhidmatanya.



NAMA-NAMA SINGKATAN ANGGOTA PENGIRING

OK PP (PSO) PR POK KK KP PKN PKR SAP RS CP SF PB
Orang Kenamaan (VVIP) Pegawai Pengiring Pengiring Rapat
Pemandu Orang Kenamaan Ketua Kumpulan Kawalan Pendahuluan
Pegawai Pengiring Kanan Pegawai Pengiring Kiri Kumpulan Pendahuluan
Doman Security Comen Post Strike Force Pengawal Bantuan


ALPHA BET ANTARABANGSA
- Tujuan untuk kegunaan mengeja perkataan yang sukar difahami semasa menghantar berita dan untuk memudahkan pihak penerima menerima berita yang jelas didalam keadaan yang sukar.

Huruf Ingglish Bahasa
A Alpha Agas
B Bravo Bola
C Charlie Ciku
D Delta Duku
E Echo Elok
F Faxtrot Fajar
G Glof Gagak
H Hotel Handal
I India Intan
J Juliet Jala
K Kilo Kota
L Lima Laju
M Mike Merah
N November Nuri
O Oscar Ombak
P Papa Padi
Q Quebec Quren
R Remeo Rakit
S Sierra Singga
T Tanggo Tari
U Unifrom Udang
V Victor Victor
W Whisky Wayang
X X-Ray X-Ray
Y Yankey Yakin
Z Zulu Zaman

KEKUATAN PEMBACA DAN PENDENGAR

1 2 3 4 5
Kuat Baik Lemah Terlalu Lemah Tidak Dapat
Terang Boleh Di Baca Susah Di Baca Putus-Putus Tidak Boleh Di Baca

MENUBUHKAN PERHUBUNGGAN – Proerets (Perkataan Khas)
Radio Chek – Ujian Radio – Kekuataan dan Pembacaan
Nothing Heard – Tiada Kedengaran
Rojer – Memuaskan.


CHECK LIST (ADVANCE PART)

Ketibaan VVIP Kenderaan Nama ketua dan anggota kumpulan pendahuluan
No telefon penting Orang yang akan ditemui dilokasi atau hotel
Halangan Pintu dan tingkap yang perlu ditutup atau dikunci
Anggota yang ditugaskan membuka atau mengunci
Lokasi Check Point / nama anggota yang mengawal check point
Kedudukan anggota Polis Peta Perkara-perkara lain yang boleh membantu
tugas kita Tarikh / Masa / Lokasi Hotel atau tempat yang dituju, ketua kumpulan Polis, Ambulan, Hospital dan lain-lain Tali dan sebagainya, jika ada dimana?
Disetiap pintu masuk Lakaran jalan, lokasi dan lakaran halangan

ADVANCE AND SURVEY

Difinasi Advance – Sebarang langkah-langkah keselamatan, Perncangan dan Penyusuanan yang dibuat sebelum atau berkaitan dengan pergerakan VIP yang telah ditetapkan.

Difinasi Survey – Kajian dan analisa tentang bahaya atau ancaman yang terdapat disesuatu tempat atau laluan yang boleh dilalui oleh VIP, perancangan untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya dan tindakan jika berlaku keadaan cemas.

Fungsi Advance & Survey
- Mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat yang akan di lawati.
- Menentukan kawasan dan tempat selamat untuk di lawati.
- Untuk menghapuskan atau meminimakan segala ancaman terhadap VIP.

Tatacara Kerja Atau Tugas
- Ketua Kumpulan (KK) memaklumkan pergerakan VIP yang telah dirancang.
- Ketua Kumpulan (KK) memilih dan memberi taklimat kepada Ketua Kumpulan Pendahuluan (KP).
- Ketua Kumpulan Pendahuluan (KP) memilih dan memberi taklimat kepada anggota kumpulanya.
- Kumpulan Pendahuluan menjalankan tugas Advance & Survey.
- Ketua KP akan memberi taklimat kepada Ketua KK.
- KK dan KP membuat perancangan liputan keselamatan dan memberi taklimat kepada Pengiring Rapat (PR).
- Ketua KP memberi taklimat kepada anggota bantuan.

KOORDINASI

Internal (dalaman) – Data terbaru dari bahagian risikan – Suasana politik secara am –Keadaan keselamatan secara umum – Ancaman khusus dari individu atau kumpulan.

External (luaran) – Pejabat VIP – Ajensi penguatkuasa – Sesuatu yang boleh memberi bantuan seperti STMB, TNB, JKR, dan lain-lain

Logistik – Kenderaan – Alat Perhubungan – Senjata.

Sunday, September 5, 2010

Mengenali Pasukan Polis Elit

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Kelabu Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun (kedua - duanya bagi Batalion 69 Komando). Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.

Identiti

Beret Merun
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas.
Beret Kelabu Pasir
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.
Trimedia Sayap Payung Terjun
Merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh pasukan elit PDRM ini. Dan juga kemampuannya dalam pengoperasian unit payung terjun pasukan ini dan penyusupan komando melalui udara.
Ketiga-tiganya dianugerahkan oleh United Kingdom Special Air Service, kerana unit inilah yang menjadi perintis utama penubuhan dua buah pasukan elit PDRM ini.

Peranan Pasukan Gerakan Khas

Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat.
Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.

Organisasi

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Unit B PGK diletakkan dibawah tanggungjawab Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ia dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pasca serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan PGK yang mana 1 platun berkekuatan 6 hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia seperti 10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia.

Operasi, Perintah dan Kawalan

Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.

Peranan

Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini.UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas.

Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu Pasir, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS.

Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong.

Senjata api

Senjata api adalah alatan yang boleh digunakan sebagai senjata yang ditembak sama ada satu atau berganda projektil yang ditujahkan pada kelajuan tinggi oleh gas yang dihasilkan melalui kecepatan, pembakaran dibataskan dari pendorong. Proses dari kecepatan pembakaran secara teknikalnya dikenali sebagai nyahflagrasi. Pada senjata api kuno, pendorong ini lazimnya serbuk hitam, tetapi senjata api moden menggunakan serbuk tanpa asap, kordit, atau pedorong lain. Kebanyakan senjata api moden (dengan pengecualian yang penting dari senapang berlaras licin) mempunyai laras berpilin untuk memberikan putaran kepada projektil untuk menambah kestabilan semasa dalam penerbangan.

Latar belakang

Istilah gan selalu digunakan sebagai sinonim untuk senjata api, tetapi dalam kegunaan spesialis telah membataskan akal-rujukan hanya kepada helai artileri dengan relatifnya muncung kelajuan tinggi, seperti gan padang, gan kereta kebal, gan anti-kereta kebal, atau gan yang digunakan dalam penghantaran senjata api naval. Gan adalah berbeza dari howitzer dan mortar, dimana mempunyai muncung kelajuan lebih rendah dan, lazimnya, trajektori lebih tinggi. Senjata api tangan, seperti raifal, karbin, pistol dan lain-lain senjata api kecil jarang dipanggil "gan" pada batasan akal dikalangan spesialis. Mesingan menembak ubat bedil kecil (umumnya 14.5 mm atau lebih kecil), dan banyak mesingan adalah khidmat kru senjata api, memerlukan khidmat lebih dari satu kru, sama seperti gan "artileri". Umumnya, senjata api otomatik direka untuk satu pengguna dirujuk sebagai raifal otomatik. Bagaimanapun, US BATFE menganggap sebarang senjata api dimana mengagihkan lebih dari satu pusingan dengan satu manipulasi dari alatan menembak merupakan "mesingan" untuk tujuan kawalan. Istilah lain, termasuk "senjata api" itu sendiri, telah ditakrifkan dalam cara ad hoc yang dikhaskan oleh berbagai legislasi.

Pada abad kebelakangan ini, senjata api telah menjadi senjata pradominan yang digunakan oleh manusia. Medan perang moden sejak Pembaharuan telah bergantung pada senjata api, dengan kesan jarak-luas pada sejarah ketenteraan dan sejarah pada amnya. Ini menciptakan jenis peperangan yang baru, dengan tentera era-moden yang dibentukkan.

Untuk pistol tangan dan pistol panjang, projektil ini adalah peluru atau, dalam meriam bersejara, bola meriam. Projektil ini ditembak oleh pembakaran penujah, tetapi dalam senjata kecil jarang mengandungi peletupnya sendiri. Untuk artileri moden projektil ini adalah rangka, dimana hampir sentiasa mengandungi peletup.

Perbezaan kadangkala dibuat antara projektil itu sendiri sebagai senjata dan senjata api sebagai platform senjata. Pada sesetengah kes, senjata api ini boleh digunakan secara terus sebagai senjata tanpa menembak projektil, walaupun ini secara mutlaknya sentiasa cara serangan kedua. Contohnya, senjata seperti raifal, musket, dan kadangkala submesingan boleh mempunyai bayonet yang diletak padanya, menjadikannya lembing atau tombak. Dengan sesetengah pengecualian penting, stok dari pistol panjang boleh digunakan sebagai belantan. Ia juga kemungkinan besar untuk memukul seseorang dengan barel dari gan dipegang tangan atau genggamkannya dengan barel dan memukul seseorang dengan pangkal. Ini dipanggil "pistol-memukul".

masalah yang dihadapi adalah dimana sisa dari ledakkan didalam kebuk yang terkumpul juga sepihan dari peluru itu sendiri dan cebisan kelopak peluru yang terkumpul didalam alat bekerja.Sisa terkumpul ini akan menyebabkan gangguan pada fungsi dalaman senjata api.Oleh yang demikian,kebiasaannya senjatapi yang kerap digunakan hendaklah dikendalikan secara berkala dengan direlaikan dibersihkan dan dilincirkan untuk mengekalkan keupayaan senjata api tersebut.

Senjataapi adakalanya dipanggil sebagai senjata kecil.senjata kecil adalah senjata api adalah yang dibawa secara perseorangan. Menurut persidangan antarabangsa berkaitanLaws of War,senjata kecil adalah ditafsirkan sebagai senjata yang melancarkan tembakan bergaris pusat tidak melebihi 15 mm (0.60 inci).[perlu rujukan] Senjata kecil diacukan kearah sasaran secara pandangan tepat. Jarak ketepatan bagi senjata kecil umumnya sejauh satu batu (1600 m), malah kebiasannya kurang, Tetapi jarak yang berjaya dicatatkan ketika ini Sniper menjangkau lebih 1.5 batu(2.4 km). Senjata Artillery adalah lebih besar dibandingkan senjata api,di bawa dengan induk pengerak, mempunyai laras melebihi 18 inci (46 cm) dan mempunyai berat beberapa tan. Artillery menjangkau ketapatan melebihi 26 batus (42 km) dan dengan pencapaian yang boleh dilaraskan(contohnya kereta kebal), dituju secara tepat mengunakan altitude/azimuth . Adalah ditegaskan ia bukan lagi dikenali sebagai senjataapi.

Senjata api paling kecil dipanggil pistol. Kebiasaannya terdapat 3 jenis pistol: tembakan sebutir (paling banyak digunakan), revolver, dan pistol separa automatik. Revolver mempunyai beberapa ruang penembakan atau "ruang isian" di dalam silinder pusingan; setiap ruang di dalam silinder berisi dengan satu katrij. Pistol separa-automatik mempunyai satu mesin ruang penembakan yang di pasang kepada bahagian laras belakang, dan satu kelopak peluru yang boleh ditanggalkan supaya ia boleh digunakan untuk menembak lebih dari satu pusingan. Revolver Mateba buatan Itali adalah "hibrid" yang jarang, iaitu revolver separa-automatik. Setiap kali picu ditekan ia akan menembak satu katrij dan menukar silinder supaya katrij yang seterusnya boleh ditembak dengan segera. Firma senjata Britain iaitu Webley juga ada membuat satu "revolver automatik" pada sekitar abad ke 20.

Pistol berbeza dengan raifal dan senapang patah (shotgun) kerana ia lebih kecil, mudah disimpan disisi, biasanya mempunyai kebuk katrij yang kurang berkuasa, dan direka untuk ditembak dengan pegangan satu atau dua tangan. sementara istilah "pistol" boleh digunakan utk menggambarkan semua senjata tangan, adalah biasa untuk merujuk kepada satu-tembakan atau isian-automatik handgun sebagai "pistol" dan revolver sebagai "revolver".

Istilah "pistol automatik" kadangkala mengelirukan dengan istilah "automatik" tidak dirujuk kepada mekanisma penembakan, tetapi merujuk kepada mekanisma pengisian. Apabila ditembak, pistol automatik menggunakan rekoil dan/atau dorongan gas untuk mengeluarkan kelongsong yang telah digunakan dan memasukkan kelongsong baru daripada kelopak peluru. Kebiasannya (dan bukan selalu), mencekah senjata secara automatik. Pistol automatik menembak satu tembakan untuk satu tarikan picu, tidak seperti senjata api automatik seperti mesingan, yang akan menembak selagi picu ditekan dan tiada lagi kelongsong yang tidak digunakan di dalam ruang penembakan atau di dalam kelopak peluru. Walaubagaimanapun terdapat beberapa pistol automatik sepenuhnya (selalu dirujuk sebagai pistol mesin jadi, untuk mengelakkan kesamaran dan kekeliruan, istilah semi-automatik digunakan apabila merujuk kepada senjata api yang menembak satu tembakan untuk satu tarikan picu.

Sebelum abad ke-19, kesemua senjata tangan adalah senapang lantak satu tembakan. Dengan ciptaan revolver pada 1818, pistol yang mampu menyimpan banyak peluru menjadi popular. Pada akhir abad ke-20, kebanyakan pistol adalah semi-automatic, sungguhpun revolver masih digunakan secara meluas. Secara umum, tentera dan polis menggunakan pistol automatik kerana keupayaan ruang pelurunya yang tinggi (10 hingga 17 atau, dalam sesetengah kes, lebih 25 biji peluru) dan keupayaan mengisi semula dengan mudah dengan hanya mengeluarkan klip kosong dan memasukkan klip peluru berisi.

Kebanyakan senapang moden merupakan raifal atau senapang patah. Dalam sejarah, senjata api kebuk licin dikenali sebagai senapang lantak. Raifal memiliki laras berpilin yang menembak peluru tunggal, sementara senapang patah mampu menembak segugus peluru, a single slug, sabot, atau peluru khas (gas pemedih mata, peluru Bolo, lead powder, dsb.). Raifal sering kali dibina bagi ketepatan dan jarak jauh dan dibidik, sementara senapang patah biasanya direka bagi mengena sasaran bergerak dengan pantas dan biasanya "diacu". Raifal memiliki kawasan hentaman kecil tetapi tetapi pada jarak jauh dan amat tepat. Senapang patah memiliki kawasan hentaman besar tetapi jauh kurang bagi jarak dan ketepatan. Bagaimanapun, kawasan hentaman luas mampu menggantikan pengurangan ketepatan, kerana peluru bertabur semasa menghambur; oleh itu, semasa memburu, senapang patah digunakan bagi menembak haiwan terbang.

Raifal dan senapang patah biasanya digunakan bagi memburu dan juga bagi mempertahankan rumah atau tempat perniagaan. Biasanya, haiwan buruan besar diburu menggunakan raifal (sungguhpun senapang patah boleh digunakan—senapang patah boleh digunakan bagi memburu rusa dengan menggunakan buckshot, sabots atau slugs) sementara burung diburu menggunakan senapang patah. Senapang patah kadang-kala lebih digemari bagi mempertahankan rumah atau tempat perniagaan kerana taburan tembakannya yang luas, menyebabkan banyak kesan luka (apabila menggunakan peluru penabur), jarak dekat, dan kurang penembusan dinding, yang mengurangkan kemungkinan kecederaan secara tak sengaja, sungguhpun pistol juga digemari.

Terdapat pelbagai jenis raifal dan senapang patah berdasarkan kaedah ia diisi semula. Raifal tindakan selak dan raifal tindakan tuil dikendali secara manual. Manipulasi menggunakan tangan pada selak atau tuil menyebabkan katrij terpakai disingkirkan, mekanisma tembakan disediakan semula, dan katrij baru diisi. Dua jenis mekanisma tindakan ini digunakan hampir sepenuhnya bagi raifal.

Tindakan leret (biasanya dikenali sebagai 'tindakan pam') raifal dan senapang patah dikitar secara tangan dengan melungsur bahagian pemegang hadapan senjata api kebelakang dan hadapan. Tindakan ini biasanya digunakan oleh senapang patah, tetapi beberapa pengilang utama turut juga menghasilkannya bagi raifal.

Raifal dan senapang patah automatic dan separa automatic kedua-duanya menggunakan sama ada anjalan atau gas penujah bagi mengerakkan mekanisma penembak yang menyingkir dan mengisi katrij dan mecekah semula mekanisma menembak. Senjata apu separa automatic menggunakan mekanisma pemintas untuk menembak satu tembakan pada satu tarikan picu, sementara automatic sepenuhnya tidak mempunyai system sedemikian dan mampu melepaskan banyak tembakan dengan satu tarikan picu.

Raifal dan senapang patah automatic dan separa automatic kedua-duanya menggunakan sama ada anjalan atau gas penujah bagi mengerakkan mekanisma penembak yang menyingkir dan mengisi katrij dan mecekah semula mekanisma menembak. Senjata apu separa automatic menggunakan mekanisma pemintas untuk menembak satu tembakan pada satu tarikan picu, sementara automatic sepenuhnya tidak mempunyai system sedemikian dan mampu melepaskan banyak tembakan dengan satu tarikan picu.

Kedua-dua raifal dan senapang patah juga terdapat dalam jenis bertindak-berhenti yang tidak memiliki sebarang mekanisma pengisi langsung sebaliknya perlu diisi dengan tangan selepas setiap tembakan. Kedua-dua raifal dan senapang patah juga terdapat dalam jenis laras tunggal dan berkembar; bagaimanapun disebabkan kos dan kesukaran mengilang raifal laras berkembar jarang dihasilkan. Raifal laras berkembar biasanya bertujuan untuk kegunaan pemburuan haiwan besar Afrika di mana haiwan adalah merbahaya, jaraknya dekat, dan kepantasan amat penting.Kaliber amat besar dan berkuasa adalah normal bagi senapang jenis ini.

Saturday, September 4, 2010

Undang-undang

Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.

Sistem perundangan sivil

Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunakan satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.

Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang)di dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.

Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.

Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain.

Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.

Sistem perundangan adat
Rencana utama: Undang-undang adat istiadat

Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau sesuatu bidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven dari segi praktikal adalah susah.

Sistem perundangan agama

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.

Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri.

Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.

Sistem perundangan Sosialis

Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakin pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.

Common law

Undang-undang Malaysia boleh dibahagi kepada dua jenis undang-undang—undang-undang bertulis dan adat kebiasaan. Adat kebiasaan ialah undang-undang yang digubal dalam perlembagaan atau dalam perundangan. Adat kebiasaan adalah undang-undang yang tidak terkandung dalam mana-mana statut serta boleh didapati dalam keputusan kes. Ini dikenali sebagai common law atau undang case law. Dalam situasi-situasi di mana tiada undang-undang yang menentukan keadaan tertentu, maka undang Malaysia boleh digunakan. Jika tiada undang Malaysia, maka digunakan undang Inggeris. Ada juga kes-kes Australia, India, dan Singapura yang digunakan sebagai kuasa yang meyakinkan.

Bangunan Sultan Abdul Samad pernah menempatkan mahkamah-mahkamah tertinggi Malaysia.Gunaan undang-undang Inggeris atau common law ditentukan dalam statut-statut ini. Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa undang-undang Inggeris boleh digunakan dalam kes-kes di mana tiada perundangan tertentu yang digubal. Begitu juga, dalam konteks undang-undang sivil, Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil membenarkan penggunaan common law Inggeris, peraturan-peraturan ekuiti, dan statut-statut dalam kes-kes sivil Malaysia yang mana tiada undang-undang tertentu pernah digubal. Pada tahun 2007, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Malaysia ketika itu, mempersoal perlunya mengambil jalan keluar dengan common law Inggeris padahal Malaysia sudah setengah abad merdeka[4] dan mencadangkan agar undang-undang tersebut diganti oleh perundangan Islam atau syariah.[3] Namun begitu, Majlis Peguam Malaysia membalas dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian sistem perundangan Malaysia dan tiadanya asas untuk menggantikannya.[5] Rayuan mahkamah ke Majlis Rahsia di England telah dimansuhkan pada tahun 1985.

Prinsip stare decisis juga dikenakan dalam undang-undang Malaysia. Ini bermakna mana-mana keputusan oleh mahkamah yang lebih tinggi dalam hierarki akan mengikat mahkamah lebih rendah.

Badan undang-undang

Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di bahagikan diatas dasar dimana siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan. Adalah hanya untuk bidang perundangan yang kelihatan berbeza mempunyai pertindanan.

Undang-undang khusus

Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan merangkumi undang-undang yang mengawal pertikaian antara individu peribadi (bukan negara). Cabang ini adalah cabang paling komprehensif undang-undang kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah yang dilakukan oleh seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk kepada undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan sivil yang diamalkan ramai negara.

Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara individu yang merentasi persempadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk perkapalan) dan hak-hak individu seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang antarabangsa khusus masih belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs tempat wajar pemilikan harta) tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-undang adat.

Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara bidang-bidang kuasa, muncullah konflik undang-undang.

Undang-undang umum

Cabang undang-undang umum, secara umumnya, adalah undang-undang dalam suatu sistem perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang pelbagai cabang kerajaan dan institusi-institusi negara, disamping pertikaian diantara negara dan individu peribadi yang bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga kategori; undang-undang Pentadbiran, Perlembagaan dan Jenayah.

Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.

Undang-undang prosedur

Undang-undang prosedur mengenai kawasan perundangan yang berkait proses undang-undang. Ini merangkumi sesiapa yang boleh mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu bantahan dihantar, dan apakah hak-hak pihak yang terlibat. Secara lazimnya, ini dibawah dalam suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan tetapi ini juga merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh digunakan untuk membuktikan fakta, disamping undang-undang berkenaan ganti rugi.

Undang-undang antarabangsa

Undang-undang antarabangsa adalah undang-undang berkenaan antara negara, atau individu-individu negara-negara berasingan, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama cabang ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.

Falsafah perundangan

Falsafah perundangan adalah satu cabang falsafah yang mengkaji persoalan asas mengenai undang-undang dan sistem perundangan seperti "Apakah itu undang-undang?", "Apakah kriteria untuk pengesahan undang-undang?", "Apakah perhubungan diantara moraliti dan undang-undang?" dan persoalan-persoalan serupa lain.

Dalam tradisi Barat terdapat beberapa sekolah pemikiran tentang asas falsafah undang-undang. Pertamanya, terdapat undang-undang semulajadi, yang cuba untuk menerangkan undang-undang sebagai satu kualiti yang berada dalam manusia yang dianugerahkan oleh alam. Kedua, terdapat positivisme yang mempercayai bahawa undang-undang hanyalah seratus-peratus ciptaan manusia yang digunakan masyarakat untuk menjaga keamanan sosial. Ketiganya terdapat realisme undang-undang yang mempercayai bahawa undang-undang adalah satu peraturan yang dikenakan sesuka hati, berdasarkan kepercayaan dan kecenderungan para hakim sahaja. Intepretasisme undang-undang adalah satu teori kontemporari undang-undang yang berlainan daripada positivisme dan undang-undang semulajadi. Tradisi Timur juga mempunyai falsafah perundangan tersendiri seperti legalisme.

Antropologi undang-undang

Undang-undang mempunyai satu dimensi antropologi. Ia telah diiktiraf ahli falsafah Montesquieu bahawa sehingga sekarang, undang-undang dibentuk oleh masyarakat yang diperintahnya. Satu kontinum dimana pelbagai masyarakat boleh diletak membezakan "budaya undang-undang" dengan "budaya maruah". Untuk mempunyai satu budaya undang-undang, masyarakat mesti berada dalam satu keadaan dimana ada satu kerajaan wujud yang penguasaannya adalah susah untuk dielak serta diiktiraf sebagai sah. Orang perseorangan mengambil pertikaian mereka kepada kerajaan dan agen mereka untuk penyelesaian. Keadaan ini dibezakan dengan budaya maruah dimana kepatuhan kepada hak dan barangan orang lain didasarkan ketakutan balas dendam yang mungkin menimpa mereka sekiranya mereka bertindak melanggarinya.

Budaya undang-undang mesti dijagai. Ia boleh menghilang dengan kepatuhan terhadap undang-undang yang beransur-ansur lenyap, yang berlaku sekiranya kerajaan terlalu lemah untuk menguatkuasakannya, ataupun larangan ketat yang cuba menghampuskan amalan-amalan yang telah sekian lama wujud dalam budaya atau subbudaya satu masyarakat (sebagai contoh, pengamalan dowri di India). Apabila satu budaya undang-undang lenyap, ada kemungkinan besar budaya maruah naik menggantikannya.

Perbezaan diantara budaya undang-undang dan budaya maruah adalah bersifat antropologi; ia tidak merangkumi falsafah perundangan atau satu sudut penglihatan dalaman undang-undang. Dalam budaya maruah, kebanyakan orang masih bersetuju bahawa undang-undang "masih wujud". Para ahli falsafah undang-undang juga masih memanggil peraturan-peraturan mereka undang-undang untuk pelbagai tujuan.

Amalan undang-undang

Amalan undang-undang lazimnya dikawal oleh satu organisasi kerajaan atau satu badan regulasi bebas seperti persatuan peguam, majlis peguam, dan persatuan undang-undang. Untuk mengamalkan undang-undang, badan regulasi berkenaan mesti mengesahkan pengamal berkenaan. Biasanya ini memestikan pembelajaran undang-undang selama tiga atau empat tahun di fakulti undang-undang sesebuah universiti atau di sekolah undang-undang bebas. Kemudiannya, pelajar yang tamat pengajian undang-undangnya diberi ijazah Bachelor of Laws, Bachelor of Civil Law atau Juris Doctor. Selepas ini pula satu peperiksaan kemasukan (seperti kemasukan bar) perlu diduduki. Sesetengah negara pula mewajibkan satu lagi kelayakan vokasional sebelum seseorang dibenarkan mengamalkan undang-undang. Dalam kes dimana seseorang ingin menjadi barrister, ini akan bersambungkan Ijazah barrister-at-law diikuti oleh pengajaran oleh satu lagi barrister berpengalaman.

Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of Legal Studies dan Doctor of Laws.

Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan.

Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi. Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah, taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang mengikut bidang.

Salah faham umum

Keadilan disamakan dengan undang-undang
Sebahagian masyarakat berpendapat keadilan itu adalah undang-undang dan undang-undang adalah adil. Sebenarnya jika dilihat daripada aspek definisi moden undang-undang, keadilan berbeza dengan undang-undang. Idealnya suatu undang-undang itu adalah adil. Namun realitinya undang-undang tidak semestinya adil. Sebagai contoh sesuatu rang undang-undang akan menjadi undang-undang yang sah apabila diluluskan oleh Parlimen. Namun, tidak semestinya undang-undang tersebut akan dirasa adil oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun jika dilihat undang-undang daripada falsafah Undang-undang Islam, maka umat Islam yang berpengetahuan percaya bahawa Undang-undang Islam adalah adil kerana ia bersumberkan daripada Allah yang mempunyai sifat adil. Jika ada sebahagian manusia memandang Undang-undang Islam itu sebagai tidak adil, mereka sebenarnya tidak memahami hikmah disebalik Allah menetapkan sesuatu undang-undang Islam tersebut dan bukannya Allah berlaku tidak adil kepada manusia.

Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh peguam

Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undang-undang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang. Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen. Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya sesebuah negara atau negeri.

Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural

Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah RM10,000.00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya. Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang prosedur iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam tuntutannya.

Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam

Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah) bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti "dengarcakap" (hearsay), "kebolehterimaan keterangan" (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.

Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah

Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan "tertuduh") itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik "simple" yang digambarkan dengan peribahasa Melayu "Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin". Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah "takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah". Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.